NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR ON DEMAND – CARA MENANGANI ANCAMAN SERANGAN SIBER
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Februari 2026 bersamaan hari Khamis, Webinar on Demand – Cara Menangani Ancaman Serangan Siber telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman serangan siber yang semakin berleluasa serta berkongsi langkah pencegahan yang praktikal agar penggunaan Internet dan telefon pintar dapat melindungi diri serta data peribadi mereka dengan lebih berkesan.
Aktiviti Utama:
- Jenis-jenis serangan siber terkini
- Langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi
- Tips mudah elak jadi mangsa serangan siber
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kesedaran terhadap ancaman siber, memahami langkah perlindungan diri di alam digital serta mengamalkan penggunaan teknologi yang lebih selamat dan berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: